Jumaat, Julai 22, 2011

Penutupan KRSM SMAH Sem 1

*maaf tiada gambar bagu mencuci mata pembaca -.- 

Pada 20 April 2011, merupakan hari terakhir KRSM SMAH berlangsung bagi Semester Pertama. Penutupan ini dibuat untuk Pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4. Aktiviti yang telah dilakukan ialah Explorace dan kami selitkan kemahiran yang mereka telah pelajari serta permainan yang merangsang dan yang dapat menggerakkan minda mereka. Kami lakukan aktiviti ini hanya di dalam kawasan sekolah dan semuanya terlibat.

Di antara permainan yang kami buat sebagai tugasan mereka ialah

  • Masuk ke dalam satu lubang beramai-ramai
  • Membawa satu botol air yang telah ditebuk ke dalam baldi yang kosong sambil menendang sebiji bola *suratkhabar yang digumpalkan*
  • Lompatan Laju
  • Menyanyikan sebuah lagu dengan menggunakan huruf a,e,i,o,u
  • Membina menara menggunakan orang
Semua pelajar memberikan kerjasama yang sebaiknya. Pemenangnya telah diumumkan di perhimpunan pada minggu hadapannya dan diberikan hadiah :) Sekian xx

-Michi :3

Majulah KRSM SMAH :)

Sabtu, April 16, 2011

-maklumat tentang Kem Ikatan Ukhwah-

bismillahirrahmanurrahim..

insyaAllah, program KEM IKATAN UKHWAH akan dijalankan..
butir2 keseluruhan tentang kem ini adalah seperti berkut :

tarikh : 18-19 jun 2011lah
hari : isnin & selasa
masa : 6 ptg (isnin) - 6 ptg (selasa)
kehadiran : WAJIB kepada semua f3 & f5
bayaran : RM 8 /orang
tempat : kompleks pendidikan al-hidayah

antara objektif kem ini adalah :
- untuk merapatkan sillaturrahim antara f3 & f5
-sebagai kem terakhir sebelum f3 & f5 direhatkan


>antara program2 menarik yang akan diadakan ialah :
-pertandingan tazkirah
-pertandingan kuiz
- pertandingan kotak beracun (peserta paling sporting)
-pertandingan 'into the battle field'
- pertandingan bola sepak & bola jaring antara form
-pertandingan memasak
- iftar jama'ie
- bbq
- tayangan filem

*hadiah lumayan untuk pertandingan menanti anda semua :)*

> semua pesera kem ini digalakkan untuk berpuasa sunat pada hari isnin, 18 april 2011 kerana kita akan mengadakan iftar jama'ie pada hari itu..

> kumpulan telah dibahagikan untuk kem ini..4 kumpulan banat & 4kumpulan banin telah dibahagikan..sila rjuk ke board krsm smah....


> untuk pertandingan memasak, setiap wakil kumpulan telah mencabut resipi masing2..sila bawa bahan2 yang diperlukan...tetapi ayam kami akan sediakan...

-insyaAllah kem kali ini menarik..rugi kowt kalau tak datang..mari sama2 kita datang ke kem ni..-





by : IAF '11

Majulah KRSM SMAH :)

Mesyuarat Pegawai 9 April '11

tarikh : 9April 2011
hari : sabtu
tempat : kelas 4 Mufakkir
masa : 9 - 11 pagi

pada tarikh ini, semua pegawai mengadakan mesyuarat untuk membincangkan hal2 yang berikut :
- kem penutup pelajar pelajar f3 & f5
-carta organisasi KRS smester ke2
-kem based & kawad peringkat sekolah
-pembahagian seksyen & ketua seksyen smester ke2

mesyuarat turut dihadiri dan dipantau oleh Puan Shamsiah, Cik Shahidah serta Pegawai Waran Fairuz...

pada akhir mesyuarat ini, pemilihan pengarah & timb. pengarah bagi 3 kem yang akan dijalankan telah dibuat..

keputusannya adalah seperti berikut :

kem penutup f3 & f5
pengarah : staf sarjan muhd yusuf kamal
timb. pengarah : staf sarjan sharifah aminah atheerah

kem based
pengarah : sarjan mohd syamim
timb pengarah : staf sarjan siti nur sakinah

kem kawad
pengarah : sarjan muhd irfan
timb. pengarah : sarjan siti syukrina

pengarah & timb. pengarah yang telah dipilih diamanahkan untuk menguruskan kem masing-masing serta memilih ajk bwahan masing2 dan memastikan kem2 ini berjaya dijalankan dengan sempurna..

mesyuarat ini tamat agak awal untuk memberi laluan kepada aktiviti bengkel debat yang dijalankan pada hari yang sama..

by : IAF '11

Majulah KRSM SMAH :)